Wednesday 17 July 2013

TIPS-TIPS MENJAGA KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum

Pada entri ini,Ramli hendak mengongsikan tips-tips menjaga kesihatan cara Rasulullah S.A.W.

1.Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit.Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.



2.Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui     proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda:Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

3.Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.



4.Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.Kalau orang kita,bedal je asalkan perut kenyang.

5.Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat.Ia boleh memudaratkan kesihatan kerana mempunyai perisa tiruan dan sintetik.



6.Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

7.Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik   selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan.Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.


Kita perlulah ikut gaya hidup yang sihat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W

Tuesday 16 July 2013

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG KUCING

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera




Siapa tak kenal kucing??Kucing ialah haiwan peliharaan yang comel dan manja.Lagi-lagi Kucing Parsi yang mahal tu..Tapi sejauh manakah kita mengetahui fakta-fakta tentang kucing.

1.Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari.Lama betul..

2.Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu  buat 10 bunyi vokal sahaja.

3.Kucing menggunakan misai mereka untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui.Jadi tangan tu jangan gatal-gatal nak potong misai kucing..

4.Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza

5.Kucing ada 32 otot di setiap telinga.Banyak tu..


6.Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang    berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk  menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.


7.Kucing boleh melihat 6 kali lebih bagus berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana  mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk  menyerap cahaya.

8.Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.


9.Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa.Tapi,sekarang jarang nampak kucing lari..






   






Monday 15 July 2013

Tips-Tips Mengekalkan Hubungan Cinta

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera

Bagi yang pernah bercinta mesti mereka pernah merasakan betapa sakitnya berpisah dengan orang yg kita sayang.Ramli pun pernah merasakan.Huhu..memang sedih. Di sini Ramli nak bagi sedikit tips untuk  mengekalkan hubungan.



1.JUJUR

Jujur dengan pasangan kita.Jangan sesekali menipu si dia kerana kita akan cenderung untuk menipu lagi bagi menutup penipuan kita.Bayangkan kalau si dia tahu bahawa kita tak jujur dengannya.Pasti bergaduh punya.
Jangan sesekali menipu si dia.


2.PERCAYA

Walaupun kepercayaan susah untuk dibina tetapi kita mestilah berusaha mempercayakan si dia.Kita mestilah positifkan fikiran dan diri.Cuba kita bersikap setenang mungkin dan menikmatilah hubungan kita tu..Ingat,percaya dan jangan berfikiran buruk tentang si dia.



3.JANGAN SESEKALI CAKAP TENTANG BERPISAH

Bayangkan jika kita cakap dengan si dia tentang berpisah..pasti si dia berasa sedih.Jangan sesekali cakap dengan dia tentang berpisah.Perangai ini harus diubah untuk mengekalkan hubungan korang.


4.JANGAN SELALU BERGADUH

Ungkit-mengungkit hal-hal yang sudah lepas adalah salah satu punca bergaduh.Tidak perlulah mengungkit ni..hanya menyakitkan perasaan si dia sahaja.Buang perangai ni jauh-jauh.Kalau kita sudah bergaduh dengan si dia..pandai-pandailah memujuk si dia dengan memberi bunga ke atau apa-apa yang dia suka.


5.JANGAN BERCAKAP TENTANG KEKASIH LAMA

Mesti annoying gila kalau si dia bercerita tentang kekasih lama dia.Mesti sakit hati kan?? Terus-terang dengan dia bahawa kita tidak suka si dia bercerita tentang kekasih lama.



6.PEKA DENGAN PERASAAN SI DIA

Kita mestilah peka dengan perasaan si dia.Kalau kita sibuk atau jauh daripada si dia,SMS la si dia dengan menanyakan khabar.Buatlah sesuatu yang buatkan si dia happy dan janganlah kita buat benda yang si dia tidak suka.Jagalah perasaan si dia.


Itu sahaja tips yang dapat Ramli berkongsi bersama.Ada yang berdasarkan pengalaman sendiri dan ada dari pengalaman kawan-kawan.