Monday 15 July 2013

Tips-Tips Mengekalkan Hubungan Cinta

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera

Bagi yang pernah bercinta mesti mereka pernah merasakan betapa sakitnya berpisah dengan orang yg kita sayang.Ramli pun pernah merasakan.Huhu..memang sedih. Di sini Ramli nak bagi sedikit tips untuk  mengekalkan hubungan.



1.JUJUR

Jujur dengan pasangan kita.Jangan sesekali menipu si dia kerana kita akan cenderung untuk menipu lagi bagi menutup penipuan kita.Bayangkan kalau si dia tahu bahawa kita tak jujur dengannya.Pasti bergaduh punya.
Jangan sesekali menipu si dia.


2.PERCAYA

Walaupun kepercayaan susah untuk dibina tetapi kita mestilah berusaha mempercayakan si dia.Kita mestilah positifkan fikiran dan diri.Cuba kita bersikap setenang mungkin dan menikmatilah hubungan kita tu..Ingat,percaya dan jangan berfikiran buruk tentang si dia.



3.JANGAN SESEKALI CAKAP TENTANG BERPISAH

Bayangkan jika kita cakap dengan si dia tentang berpisah..pasti si dia berasa sedih.Jangan sesekali cakap dengan dia tentang berpisah.Perangai ini harus diubah untuk mengekalkan hubungan korang.


4.JANGAN SELALU BERGADUH

Ungkit-mengungkit hal-hal yang sudah lepas adalah salah satu punca bergaduh.Tidak perlulah mengungkit ni..hanya menyakitkan perasaan si dia sahaja.Buang perangai ni jauh-jauh.Kalau kita sudah bergaduh dengan si dia..pandai-pandailah memujuk si dia dengan memberi bunga ke atau apa-apa yang dia suka.


5.JANGAN BERCAKAP TENTANG KEKASIH LAMA

Mesti annoying gila kalau si dia bercerita tentang kekasih lama dia.Mesti sakit hati kan?? Terus-terang dengan dia bahawa kita tidak suka si dia bercerita tentang kekasih lama.



6.PEKA DENGAN PERASAAN SI DIA

Kita mestilah peka dengan perasaan si dia.Kalau kita sibuk atau jauh daripada si dia,SMS la si dia dengan menanyakan khabar.Buatlah sesuatu yang buatkan si dia happy dan janganlah kita buat benda yang si dia tidak suka.Jagalah perasaan si dia.


Itu sahaja tips yang dapat Ramli berkongsi bersama.Ada yang berdasarkan pengalaman sendiri dan ada dari pengalaman kawan-kawan.






No comments:

Post a Comment