Wednesday 17 July 2013

TIPS-TIPS MENJAGA KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum

Pada entri ini,Ramli hendak mengongsikan tips-tips menjaga kesihatan cara Rasulullah S.A.W.

1.Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit.Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.



2.Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui     proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda:Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

3.Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.



4.Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.Kalau orang kita,bedal je asalkan perut kenyang.

5.Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat.Ia boleh memudaratkan kesihatan kerana mempunyai perisa tiruan dan sintetik.



6.Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

7.Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik   selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan.Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.


Kita perlulah ikut gaya hidup yang sihat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W

No comments:

Post a Comment